Catatan Popular

Catatan Popular

Jumaat, 6 Jun 2014

Gaya terkini muslimah remaja

Gaya terkini muslimah remaja


Memang dunia hendak kiamat,jadi kita perlu mengajar cara pemakaian anak kita lebih-lebih lagi ketika remaja.Jangan biarkan mereka memakai baji yang ketat dan tidak menutup aurat untuk mereka yang sudah akil baligh.

-Baju tidak ketat.
-Menutup aurat
-Tidak terlalu over
-Sesuai dengan umur mereka

Remaja zaman sekarang sering mengikut fashion gaya terkini.Dan apabila mereka ketinggalan fashion,mereka akan dianggap ketinggalan zaman.Tetapi sebenarnya itu sama sekali tidak!Kerana kita tidak hanya mengikut gaya terkini,tetapi kita juga mengikut masa terkini yang sudah tidak betul.












Pendapat tentang cara mengajar anak ketika kecil

PENDAPAT TENTANG CARA MENGAJAR ANAK KETIKA KECIL

Bagi ibu bapa yang ada di luar sana,memang mereka hendakkan anak mereka dididik dengan betul ketika kecil.Begitu juga dengan saya.Di bawah ini,terdapat beberapa pendapat saya untuk mereka yang hendak mendidik anak dengan betul:

-Contoh:Anak mempunyai umur yang lebih kurang sama dengan anak saudara.Anak selalu bergaduh dengan anak saudara.Tidak mahu bermain bersama dan selalu dengki.
-Cara:Jangan biasakan mereka seperti itu.Ajar anak berkawan secara baik dengan anak saudara.Jangan ajar mereka bergaduh sehingga ke besar kerana ini mungkin akan mencetuskan pergaduhan yang lebih besar.Jangan selalu mengikuti kehendak anak .Fikirkan masa hadapan anak.Biarkan dia menangis .

-Contoh:Anak adalah anak yang terakhir dan lebih manja dari adik-beradik yang lain.Selalu meminta yang dia kehendaki dan kadang-kala tidak mahu mengikut kehendak kita sendiri.
-Cara:Jangan terlalu sangat memberi apa yang anak kita hendak kerana otak mereka sedang berfikir ketika itu dan apabila kita hanya mengikuti,mereka akan berfikir bahawa apa yang mereka hendak akan dapat tetapi jika tidak dapat,mereka akan menangis.

-Contoh:Anak selalu menghadap iPad ketika kecil lagi.Apabila dia bosan,kita berikan dia iPad supaya kita lebih senang membuat kerja kita.Anak sudah biasa bermain iPad sejak kecil lagi.
-Cara:Jangan biasakan mereka bermain iPad setiap hari,malah hadkan masa mereka bermain iPad.Contohnya,3 kali seminggu.Sepatutnya,anak perlu banyak terlibat dengan perkembangan otak bukan perkembangan teknologi.Ajar anak belajar.

Ini hanyalah pendapat saya sahaja.